FamaCorp

Latar Belakang

  • FAMA Corporation Sdn. Bhd atau FAMACORP merupakan anak syarikat kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Syarikat ini telah diperbadankan pada 15 Ogos 1994.
  • FAMACORP berperanan untuk mewujudkan pemangkin dan pembolehdaya suasana sedemikan rupa supaya pemasaran komoditi, produk keluaran pertanian dan industri asas tani dapat berkembang di dalam dan luar negara yang seterusnya mampu meningkatkan daya saing usahawan ke peringkat yang lebih baik.

Visi

Menjadi pemangkin untuk memaksimum pengeluaran produk pertanian dan hortikultur industri asas tani tempatan serta memaksimum penggunaannya dalam industri berasas pertanian negara.

Misi

Misi syarikat adalah untuk memposisi produk pertanian dan hortikultur tempatan sebagai produk pilihan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Fungsi-fungsi utama

  • Eksport: Memasarkan dan mengedarkan produk makanan dan minuman jenama AgroMas dan Anggerek dan memperkasakan lagi jenama ini ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • Import: Melaksanakan aktiviti mengimport hasil pertanian segar seperti kobis dan kelapa.
  • Kilang Kopi FAMA Banting: Memberi peluang untuk perkhidmatan Original Equipment Manufacturer (OEM) kepada syarikat yang berminat.
  • Menjalankan urusniaga pasar borong dan membekalkan buah-buahan tempatan terutamanya buah Rockmelon kepada pemborong dan peruncit.
  • Peruncitan: Rangkaian outlet runcit yang berperanan untuk memasarkan produk Industri Asas Tani dan produk keluaran jenama AgroMas sendiri.