Pemasaran Online

Selain dijual di pasaran konvensional, produk AGROMAS kini juga dijual di dalam pasaran digital iaitu melalui aplikasi Shopee. Dengan adanya promosi melalui aplikasi ini, ianya telah menjadi medium pertukaran maklumat produk, perkhidmatan kepada pelanggan, dan juga dapat membina dan mengekalkan hubungan di antara usahawan dan pelanggan. Pemasaran digital ini juga lebih kos efektif, menjimatkan masa dan memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan produk AGROMAS.